Assalammualaikum....
Tanggal 15 Mei 2011 yang lalu, Kelab Sukarelawan PDK Samarahan (KSPS) telah mengadakan lawatan ke Rumah Seri Kenangan (RSK) di Batu 12, Jalan Kuching/Serian...Seramai 20 orang sukarelawan dan sepuluh orang petugas PDK menyertai rombongan untuk lawatan pada kali ini...
Sekitar proses menyediakan makanan untuk dibawa ke RSK
Rombongan KSPS tiba di RSK kira-kira pukul 10.15 minit pagi selepas melalui jalan yang berliku (kerana ada yang tersalah arah sebelum tiba ke destinasi yang sepatutnya...hehehe...)..Sebaik tiba di RSK, kami disambut mesra oleh dua petugas RSK yang sememangnya menantikan kehadiran kami di situ...
Antara aktiviti yang dilakukan ketika berada di RSK ialah persembahan nyanyian oleh sukarelawan yang mendendangkan 3 buah lagu untuk menghiburkan warga emas yang berada di RSK di samping sukaneka yang turut dijalankan untuk mengeratkan silaturahim antara ahli KSPS dan juga warga emas di RSK...Pada perancangan awalnya terdapat 6 jenis permainan yang telah disediakan untuk acara sukaneka namun kerana kekangan masa, hanya dua jenis permainan sahaja yang sempat diadakan iaitu acara menganyam ketupat dan membawa bola pingpong di dalam sudu...
Bergambar di pentas sebagai kenang-kenangan
Namun apa yang amat mengharukan kami ialah kesudian dan kesanggupan warga RSK untuk sama-sama menjayakan aktiviti yang dijalankan walaupun ada di antara mereka yang tidak begitu sihat dan terpaksa duduk di atas kerusi roda setiap waktu, namun mereka tetap melayan dan menyertai setiap aktiviti yang telah kami sediakan tanpa banyak alasan...
Ketika berada di sini, begitu banyak kenangan manis yang tidak mungkin dapat kami lupakan sampai bila-bila...Malahan ini merupakan pengalaman pertama penulis ke rumah warga emas dan sememangnya ketika berada di sini, penulis berasa begitu seronok kerana dapat mendekati warga emas ini yang sememangnya menantikan kehadiran kami dan melayan kami dengan begitu mesra, walaupun baru bersua muka...
Namun hati kecil ini terasa begitu tersentuh apabila melawat ke bilik penghuni RSK yang uzur dan hanya terlantar di katil di kebanyakan waktu mereka...Ketika ini banyak ahli KSPS yang tidak mampu membendung air mata daripada mengalir apabila melihat keadaan warga emas ini...
Rombongan KSPS berangkat pulang daripada RSK kira-kira pukul 1.30 petang...Walaupun hanya seketika namun setiap saat di RSK amat berharga dan pengalaman ini tidak mungkin dapat dibeli dengan wang ringgit...Jutaan terima kasih kami ucapkan di atas kerjasama yang telah diberikan oleh petugas di RSK dan juga buat semua warga RSK yang begitu sporting melayan setiap kerenah kami sepanjang kami berada di sana...Diharapkan pada masa yang akan datang, kami akan berkesempatan untuk kembali ke RSK dan bersua dengan mereka lagi...
Wassalam...
| Penyampaian cenderahati sebagai tanda terima kasih kepada petugas RSK |